Tuesday, 22 October 2019

BENGKEL TRANSFORMASI ICT BILIK KOMPUTER SK TAMAN INDERAWASIH

Bengkel Transformasi ICT Bilik Komputer SK Taman Inderawasih telah dilaksanakan pada 21 Oktober 2019 (Isnin), bertempat di Bilik Komputer, SK Taman Inderawasih  yang melibatkan tiga orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Juruteknik Komputer, PKG Daerah Seberang Perai Tengah.

     Bilik Komputer merupakan nadi bagi sesebuah sekolah.  Menyedari kepentingan Bilik Komputer, satu gerakan bersepadu iaitu Bengkel Transformasi ICT Bilik Komputer menjadi matlamat dan harapan PKG Seberang Jaya agar Bilik Komputer itu benar-benar dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah.  Bidang pengurusan, penggunaan, keceriaan dan aktiviti Bilik Komputer ini diberi perhatian khusus agar murid-murid khasnya menjadikan Bilik Komputer sebagai tempat untuk menimba pelbagai ilmu sebagai persediaan awal ke arah pencapaian akademik yang lebih cemerlang.

     Bengkel ini dilaksanakan dengan harapan agar objektif-objektif berikut tercapai :
  1. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak sekolah dalam menguruskan Bilik Komputer sekolah secara profesional.
  2. Meningkatkan pengurusan Bilik Komputer secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta penggunaan. 
  3. Mengujilari capaian internet di SK Taman Inderawasih.
  4. Membaikpulih dan menyelenggara komputer.
  5. Meningkatkan penggunaan Bilik Komputer di kalangan warga sekolah selaras dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
  6. Mewujudkan suasana Bilik Komputer yang lebih kondusif.
         Bengkel berjalan dengan lancar.






    Wednesday, 2 October 2019

    MAJLIS PENYERAHAN PINJAMAN NETBOOK FASA 4/2019 KEPADA SEKOLAH

    Majlis Penyerahan Pinjaman Netbook Fasa 4/2019 Kepada Sekolah telah dilaksanakan pada 2 Oktober 2019 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat, PKG Seberang Jaya.

         Majlis tersebut dikendalikan oleh Ketua Unit, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Seberang Jaya, Pembantu Tadbir, PKG Seberang Jaya dan turut dibantu oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, PKG Alma.

         Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Bagan Tuan Kechil, SK Kuala Perai dan SK Desa Murni.  Pengagihan netbook ini sebagai makmal mudah alih untuk kegunaan pelajar-pelajar di sekolah.  Semua wakil sekolah menerima 18 atau 20 buah netbook untuk pinjaman dan majlis berjalan dengan lancar.










    Wednesday, 28 August 2019

    PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT PKG DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 2019

    Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG Daerah Seberang Perai Tengah 2019 telah dilaksanakan pada 27 Ogos 2019 (Selasa), bertempat di PKG Alma.

          Pemilihan ini dapat :
    1. Memberi pengiktirafan NILAM kepada murid yang terlibat.
    2. Mengenalpasti calon dari sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Seberang Perai Tengah ke Kem NILAM Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019.
    3. Memperluas jaringan koloni membaca dalam kalangan murid setempat.








    Wednesday, 7 August 2019

    MAJLIS PENYERAHAN PINJAMAN NETBOOK FASA 3/2019 KEPADA SEKOLAH

    Majlis Penyerahan Pinjaman Netbook Fasa 3/2019 Kepada Sekolah telah dilaksanakan pada 7 Ogos 2019 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat, PKG Seberang Jaya.

         Majlis tersebut dikendalikan oleh Ketua Unit, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang dan semua staf PKG Seberang Jaya.

         Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Jawi, SK Sungai Ara dan SK St.Mark (Butterworth).  Pengagihan netbook ini sebagai makmal mudah alih untuk kegunaan pelajar-pelajar di sekolah.  Semua wakil sekolah menerima 21 buah netbook untuk pinjaman dan majlis berjalan dengan lancar.





    Thursday, 16 May 2019

    BENGKEL PELAPORAN PELAKSANAAN VLE 1BESTARINET GURU-GURU MATA PELAJARAN FOKUS DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

    Bengkel Pelaporan Pelaksanaan VLE 1BestariNet Guru-Guru Mata Pelajaran Fokus Daerah Seberang Perai Tengah telah dilaksanakan pada :

    1. 14 Mei 2019 (Selasa)  9.00 pagi-11.00 pagi                 -  Bilik Mesyuarat, PKG Seberang Jaya
    2. 14 Mei 2019 (Selasa)  12.00 tengah hari-2.00 petang  -  Bilik Mesyuarat, PKG Seberang Jaya   
    3. 15 Mei 2019 (Rabu)    9.00 pagi-11.00 pagi                 -  Bilik Mesyuarat, SK Mengkuang     
    4. 15 Mei 2019 (Rabu)    12.00 tengah hari-2.00 petang  -  Bilik Mesyuarat, SK Mengkuang   
         Bengkel tersebut dikendalikan oleh pihak FrogAsia Training dengan kerjasama Penolong-Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah dan semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Seberang Perai Tengah.

        Bengkel ini bertujuan membantu sekolah untuk merealisasikan visi mencapai kemenjadian murid melalui peningkatan akademik subjek teras menggunakan VLE.

         Di samping itu juga, guru-guru dapat :
    1. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) subjek yang dapat diaplikasikan di dalam kelas.
    2. Dapat memanfaatkan aplikasi FrogHub untuk tujuan pembangunan profesional.
    3. Dapat mempraktikkan rancangan pengajaran yang dihasilkan bersama peserta bengkel.
    4. Memahami bagaimana menggunakan Boost dan Quizzes untuk membantu peningkatan prestasi murid. 
         Sekolah ahli PKG Seberang Jaya yang terlibat ialah SMK Sama Gagah, SMK Prai, SK Jalan Baharu dan SK Permatang Pauh.  Bengkel berjalan dengan lancar.